Copied from my friends FB page
he didn't mention the source
I'm very sure it is not his write up :D

I'm always be the no. 1 fan of "I Hate MLM" Group hehe
enjoy reading...



Multi Lemau Marketing (MLM)/ Skim Tak Pernah Kaya


FIKIR-FIKRKANLAH

Ini ulasan kami tentang money game dlm sesetengah MLM...

1. Plan seperti ini bukan magic. Tidak ada keajaiban pun. Jadi jangan mudah terpesona dengan mimpi rumah dan kereta besar. Ianya tidak ada beza dengan sistem yang dipanggil "forced matrix". Sistem forced matrix ini adalah sistem piramid yang menzalimi mereka yang dibawah/baru masuk. Duit yang dibawah diserap naik ke atas.

2. Bayangkan jika produk tidak ada. Peserta masih boleh mendapat income yang hebat tanpa jualan produk pun sebenarnya. Itu namanya money game. Duit datang dari aktiviti head hunting. RM40k setiap peserta, bayangkan banyaknya duit yang mengalir masuk ke dalam network yang telah disusun ini. Orang di atas siap dah buka mulut untuk telan. Yang baru masuk terkial-kial cari orang bawahan untuk balik modal.

3. Ada beza yang sangat ketara antara MLM tradisional dengan money game seperti ini. MLM tradisional beri bonus kepada ahli melalui aktiviti jual dan beli. Money game beri bonus melalui head hunting.

4. Head hunting ini tidak akan bertahan lama. Selama mana ianya masih diterima dan ada kemasukan duit baru, maka orang di dalam network berkenaan mendapat hasil. Apabila sampai tahap saturation atau ketepuan dalam sesuatu komuniti, maka ahli yang terakhir masuk atau yang dekat-dekat terakhir akan hilang modal. Jangan keliru, saturation atau ketepuan berlaku bukan kerana semua orang dah join network, tetapi ramai orang menolak konsep money game. Mereka yang tidak sedar saja yang terjebak dengan perkara begini.

5. Ada produk dan company sudah lama in business? Ini adalah masalah yang dihadapi oleh agensi kerajaan untuk mengambil tindakan. Money game ini berlaku di depan mata, tetapi tidak ada apa yang boleh dibuat oleh kerana mereka ini mempergunakan kebenaran AJL dan produk untuk menghalalkan kegiatan ini. Dengan kata lain, money game secara terang berlaku tetapi menyelit dalam kerangka MLM yang dibenarkan. Ia ibarat pokok parasit yang tumbuh pada sebatang dahan. Tidak boleh menebang pokok, tetapi untuk mencantas parasit ini agak sukar dan memakan masa.

6. Apakah bukti bagi menyokong teori kami tentang ini? Bagi membuktikan mereka ini mendapat bonus melalui jualan produk,
a) sila hentikan aktiviti pengambilan ahli baru.
b) Buat jualan produk semata-mata,
c) kita boleh tengok selama mana syarikat boleh bertahan. Syarikat jualan langsung sepatunya sibuk menjual, bukan sibuk buat head hunting.

7. Aktiviti head hunting dgn produk untuk seorang ahli baru bukanlah aktiviti menjual. Aktiviti ini adalah aktiviti merekrut ahli baru bagi mendapatkan wang baru. Sebagai contoh, sekiranya modal penyertaan RM40 ribu, ditolak kos produk sebenar iaitu RM20 ribu (agakan), maka fresh money untuk upliners adalah sebanyak RM20 ribu.

8. Jika dianggap RM20 ribu sekepala sebagai fresh money, maka pengiraan wang baru bagi satu kitaran 3 langkah di atas adalah seperti berikut..

1 x RM20k = RM20k
4 x RM20k = RM80k
16 x RM20k = RM320k

Jumlah fresh money yang mengalir masuk bagi setiap 3 step yang lengkap adalah RM320k. Jadi anda boleh bayangkan mengapa upliners di atas semakin kaya. Inilah sistem piramid.

9. Penyokong2 boleh berkata ini bukan money game, sebab kami ada produk. Tetapi anda sudah tentu boleh memahami apa yang kami cuba sampaikan apabila ada members yang langsung tidak menjual , atau beri secara percuma. Ini bermakna produk itu 'tidak bernilai' dalam konsep jualan langsung yang sebenarnya. Jualan langsung sepatutnya menjual, bukan bermain money game dan memberi barang secara percuma.

10. Dari segi etika, menggalakkan pelabur mengambil risiko loan bagi menyertai program seperti amat dikesalkan. Mungkin syarikat boleh berdolak-dalih mengatakan perkara ini bukan polisi syarikat. Tetapi syarikat tidak menghalang perkara ini dari berlaku. Agen-agen anda menyarankan peserta membuat loan, dan syarikat hanya berdiam diri.

11. Kenapa syarikat berdiam diri? Kerana syarikat mendapat keuntungan yang banyak dari aktiviti ini. Margin keuntungan bertambah lebar kerana setiap peserta mengambil SEPULOH produk yang bernilai puluhan ribu ringgit.

12. Syarikat memindahkan tekanan untuk menjual produk kepada peserta. Peserta yang telah termakan dan terlanjur membeli produk, mahu tidak mahu terpaksa mencari pembeli atau menanggung kos stocking itu secara bersendirian. Dengan kata lain, syarikat telah berjaya menyempurnakan sales mereka dan menjual produk x lakunye, maka sekarang terpulang kepada peserta untuk menjual atau tidak.

13. Bagi mereka yang sedang berfikir untuk menyertai, perlu diingati bahawa sebaik sahaja kamu menyerahkan wang RM40 ribu, maka kamu tertakluk untuk mencari peserta lain dengan jumlah yang sama. Kegagalan mencari bermakna kami berisiko kehilangan modal. Apa ada pada produk yang dikatakan berharga RM2000 setiap satu jika tidak laku dijual? Dengan kata lain, anda mengambil risiko yang sangat besar hanya untuk pulang modal.

Anda jangan terlalu positif bahawa orang lain juga berminat untuk bermain money game RM40k ini. Kebanyakan dari kita akan menolak. Dan jangan percaya kepada spillover dari upliner. Itu semua mengarut. Sejarah tidak membuktikan forced matrix boleh hidup melalui spillover. Masakan jumlah yang kecil boleh menampung jumlah network yang besar (dan semakin besar).

Terpulang anda untuk menentukan penilaian sendiri. Kami tidak menuduh apa-apa, sekadar teori. Pada pendapat kami, program ini akan menemui saturation nya dan dari situ piramid akan mula retak dari bawah naik ke atas.